Banyak nak diceritakan, tapi dipendekkan
Assalamualaiku semua. Huhu, dah lama jugak blog 3 Beta ni tidak di'update' kan ? Rindu tak, rindu tak ? Haha, perasan kejap. Oh ye, AKSES dah banyak dah ada aktiviti macam Hari Sukan Tahunan dan banyak lagi lah.First, imbas sekali tentanh hari Sukan. Boleh dikatakan disambut dengan gilang-gemilang *cewahh* oleh semua murid AKSES. Memang happy gila. And tahniah ye Rumah BIRU. Still pegang jawatan juara xD Tak dilupakan juga tahniah pada rumah KUNING diorang menang macam-macam. Semua dibolot rumah kuning ni. Ngehngeh. Pasukan sorak a.k.a cheerleader, Perbarisan dan Khemah.. hah tulah yang rumah kuning bolot. Haha. Thats for the sport day.
Now, tentang. urmm tentang. Oh ye ! Tentang Hari Jalinan Kasih. Alah, yang hari ibu bapa dan guru bertemu tu. Kelas kami ni ada sorang murid yang memang rajin dan pandai. Namanya Ezrin Sakinah. Tanyalah apa-apa soalan berkaitan dengan pelajaran. Confirm boleh jawab. *yeke* So, dialah yang dapat no. 1 dalam 3B ni. Congrates to him. Bukan dia sorang je yang bagus, still ada beberapa orang seperti, Muhammad Hafizi, Muhammad Nafis dan Azzyan Izzaty. Bersaing hebat tapi tak juga dilupakan pelajar yang lain. Semua orang pun pandai-pandai belaka :)
Dan beberapa minggu lepas ada Hari Kokurikulum. Memang syok habislah sebab kami 3 Beta ada join bukak gerai. Hari Koku gabungan Hari Kantin sekali.Nak tengok gambar ? Ok jom tengok bawah nanti. Kita citer-citer dulu. Kami just jual biasa biasa je macam coke float,burger,nugget,kentang. Tak dilupakan brownies muffin buatan mak Ezrin. sedap sampai menjilat jari.
Okey, sampai sini dulu 3 Beta ingin kongsikan cerita. Bye :D


