3 Beta, PMR candidates

Kami !

SMK AYER KEROH, MELAKA


Kami !



SMK Ayer Keroh di Yezz ! Magazine.

Jom klik kalau nak baca lebih lanjut !

Bantuan


Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner:AKSES 3 Beta
Others:   
Jangan syok sangat sampai lupa belajar

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..
Kami disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri and Happy Eid Mubarak to all muslim especially to students and teachers SMK Ayer Keroh, Melaka. *ececeh, speaking terus*

Okey, masing-masing sedang happy nak beraya sebab Trial dah tak menganggu fikiran lagi. Tapi, tetap juga harus diingat, peperiksaan sebenar pula yang akan menjelang tiba ya !Harap semua tidak leka dan tidak ada yang masih bermain-main. InsyaAllah. naik cuti dah mula dapat result. Oh My Results ! :D

Pergi raya rumah orang nak tak bawak buku. Lepas makan, bacalah buku. Takdelah terbuang masa di situ. Tapi adakah yang mahu buat begitu di antara kami ? *muka spoil :\


Trial is over but Study not yet !
Assalamualaikum and hello everyone. Fuhhhh, lega rasanya bila dah habis menjawab kesemua lapan subjek PMR. Lega tu memanglah ada tetapi pelajaran tak boleh dilupakan. Walau dimana pun kita berada buku mesti ada. WALAUPUN HARI RAYA SEKALIPUN !

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana kami akhirnya melepasi fasa pertama PMR. InsyaAllah kami dapat markah yang terbaik! Kalau kami gagal, itu tidak bermakna kami tidak dapat menyaingi kelas-kelas lain terutama RK dan Alpha, kami tetap akan berusaha sehabis baik walaupun ada guru yang menyatakan kelas kami tidak menunjukkan sebarang peningkatan atau tidak dapat peluang utnuk menandingi kelas lain. Masa dengar je cikgu cakap macam tu, tersentap hati kami semua.

Memang diakui, kelas kami bising, banyak bermain-main, kadang-kadang tak siap kerja sekolah dan sebgainya. Tapi kami terima itu semua.
InsyaAllah, dengan izin-Mu Ya Allah kami akan berusaha sehabis baik untu peperiksaan sebenar Penilaian Menegah Rendah. :')

TARIKH
WAKTU
KERTAS

Selasa
07/08/12
8 – 10 pg
Bahasa Melayu K2
10.20 – 10.40 pg
rehat
11.10 – 12.10 pg
Bahasa Melayu K1
12.45 – 2 ptg
Geografi



Rabu
08/08/12
8 – 10 pg
Pendidikan Islam
10.20 – 10.40 pg
rehat
11 – 12 tgh
English K1
12.30 – 2 ptg
English K2


Khamis
09/08/12
8.15 – 10 pg
Mathematics K2
10 – 10.20 pg
rehat
10.45 – 12 tgh
Mathematics K1
12.30 – 2 ptg
ERT / Perdagangan

Jumaat
10/08/12
8 – 10 pg
Cina / Tamil K2
10 – 10.20 pg
rehat
11 – 12 tgh
Cina / Tamil K1




Isnin
13/08/12
8.50 – 10.20 pg
Science K2
10.20 – 10.40 pg
rehat
11 – 12 tgh
Science K1
12.45 – 2 ptg
Sejarah






Hah, inilah jadual Percubaan Penilaian Menengah Rendah Sekolah kami. Itu dia, Trial nak maii dah dia. Bayangkanlah, hanya tinggal lebih kurang satu minggu je sebelum nak Trial. Moga-moga kami dapat buat yang terbaik untuk harumkan nama sekolah kami.

Doakan kejayaan kami, Ya Allah. Kami mahu mendapatkan kejayaan dan ingin membahagiakan kedua ibu bapa kami. Amin ya Rabbal alamin...


Alhamdulillah, tiba jualah Ramadhan, hari yang sungguh mulia di sisi Allah SWT. Semoga pada tahun ini semua umat Islam mendapat keredhaan. Dipenuhi dengan pahala dan amal ibadah dan dijauhi segala kemungkaran dan dibuang segala dosa.

Tapi janganlah kita hanya berpuasa, kita juga perlu melakukan ibadah-ibadah yang boleh meningkatkan pahala kita. InsyaAllah.

Selamat Berpuasa 3 Beta ucapkan dan jangan lupa sembahyang terawih yee :D

Banyak nak diceritakan, tapi dipendekkan
Assalamualaiku semua. Huhu, dah lama jugak blog 3 Beta ni tidak di'update' kan ? Rindu tak, rindu tak ? Haha, perasan kejap. Oh ye, AKSES dah banyak dah ada aktiviti macam Hari Sukan Tahunan dan banyak lagi lah.

First, imbas sekali tentanh hari Sukan. Boleh dikatakan disambut dengan gilang-gemilang *cewahh* oleh semua murid AKSES. Memang happy gila. And tahniah ye Rumah BIRU. Still pegang jawatan juara xD Tak dilupakan juga tahniah pada rumah KUNING diorang menang macam-macam. Semua dibolot rumah kuning ni. Ngehngeh. Pasukan sorak a.k.a cheerleader, Perbarisan dan Khemah.. hah tulah yang rumah kuning bolot. Haha. Thats for the sport day.

Now, tentang. urmm tentang. Oh ye ! Tentang Hari Jalinan Kasih. Alah, yang hari ibu bapa dan guru bertemu tu. Kelas kami ni ada sorang murid yang memang rajin dan pandai. Namanya Ezrin Sakinah. Tanyalah apa-apa soalan berkaitan dengan pelajaran. Confirm boleh jawab. *yeke* So, dialah yang dapat no. 1 dalam 3B ni. Congrates to him. Bukan dia sorang je yang bagus, still ada beberapa orang seperti, Muhammad Hafizi, Muhammad Nafis dan Azzyan Izzaty. Bersaing hebat tapi tak juga dilupakan pelajar yang  lain. Semua orang pun pandai-pandai belaka :)

Dan beberapa minggu lepas ada Hari Kokurikulum. Memang syok habislah sebab kami 3 Beta ada join bukak gerai. Hari Koku gabungan Hari Kantin sekali.Nak tengok gambar ? Ok jom tengok bawah nanti. Kita citer-citer dulu. Kami just jual biasa biasa je macam coke float,burger,nugget,kentang. Tak dilupakan brownies muffin buatan mak Ezrin. sedap sampai menjilat jari.

  

Okey, sampai sini dulu 3 Beta ingin kongsikan cerita. Bye :D

New Teacher


*gambar ni takde kena mengena dengan story dibawah. HAHA


Hello, hello semuanya ! Hoorey, lepas dah habis hampir seminggu exam, dua minggu bercuti. Kita kembali ke sekolah. Apa lagi, nak dapat result lah pulak. Haihh, rasanya kali ni exam teruk juga. Geografi, Sains sorang pun tak dapat A. Macam tak percayakan ?? Itulah hakikatnya.. Matematik pula hanya 2 orang sahaja yang dapat A. Tak nak lah cerita panjang-panjang pasal result ni. Sedih :'(


Jom, bukak cerita lain pulak. Sekarang kami dah dapat cikgu Bahasa Inggeris yang baru. Yang gantikan Cikgu Yon yang dah pindah. Tetiba rindu pulak kat cikgu.. Mula-mula ingatkan cikgu gantinya Sir Ganasen, tapi dah tukar cikgu perempuan yangg baru masuk sekolah AKSES ni. Namanyaa,urm. Nama cikgu tu apa eh ? Huhuuuu, lupa pulakk. Tapi tengok cikgu tu macam ok lah jugak. Harap-harap tak garang >.<
Ok, sampai sini saja. Kbaiii :D

The Big Challenge dah Datang !!
 

Wohohoho. dah nak datang dah, dia dah nak maii ! Apa yang mai ? Peperiksaan Pertengahan Tahun lah. Boleh lak tanya~ Haha joke. 17 Mei 2012, bermulalah tarikh keramat tersebut dengan rasminya dengan sah kami telah menduduki peperiksaan yang besar. Oh ye, kami tak pekkse kat dewan pekse pon. Ok, continue. Tapi first day pekse setakat PJK dengan PSV jelah. Ceh, cakap macam boleh dapat straight A's terus. Huhu. Hari kedua (jumaat) pekse Agama Islam ! hah! tu penting sebab termasuk 8 subjek. Lepas AG, sivik. Bolehlah ~


Kami baru je dua hari menduduki peperiksaan. Belum pekse yang penting macam BM, MT dan lain lain lagi. Haihh. InsyaAllah, 3 Beta boleh buat yupp ! -amin-

p/s : so, untuk seminggu je maybe takkan ada update apa-apalah sebab fokus about exam. Jangan risau, lepas exam kami update semula :D
 


Older Post