3 Beta, PMR candidates

Kami !

SMK AYER KEROH, MELAKA


Kami !



SMK Ayer Keroh di Yezz ! Magazine.

Jom klik kalau nak baca lebih lanjut !

Bantuan


Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner:AKSES 3 Beta
Others:   
Best Day Ever to Pengawas and Librarian
Hello dan Assalamualaikum.
Nak panjangkan cerita ke nak pendekkan cerita ? Cerita tentang apa ? Tentang kem pengawas dan librarian tu lah. Kan dah janji. Hehe. Ok tapi kalau nak diikutkan saya nak cerita ringkas je tapi full of gambar lah jugak. Gambar di'curi' dari facebook Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKAK. Ceh, ayat 'curi' tu macam kejam sangatlah. Ok, kita tukar kepada di'ambil', sopan sikit. Ish, ok kita balik kepada topik utama.

Hari Pertama :

   
Gambar 1 : Fuhlamakk aii. Tu dia bukan main lagi beg yang dibawanya. Banyak tuh. Padahal kem 2 hari 1 malam je. Ish, ish, ish... tak kisahlah, asalkan dia orang selesa nanti. Gambar 2 (tengah) : Inilah antara pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber yang turut serta dalam kem kepimpinan ini. Yang paling ramai form 3 dan paling sikit form 4. Ecehh~ Gambar 3 : Ok, yang ada gambar seorang lelaki yang tengah pegang mikrofon itulah Cr. Shamsul Bahrain. Ketua Komanden ni memang best gila lah bila dia berceramah. Tak boring pon.

  

Gambar 1 : Ok, selepas saja sesi kenal dengan para fasilitator, kami semua dibahagikan kepada kumpulan. Kumpulan dibahagikan oleh ketua komanden dan satu group satu fasilitator. Gambar 2 : Inilah kumpulan satu daripda kumpulan 6. Yang tengah duduk atas kerusi itu fasi untuk kumpulan tersebut, Abang Adam. Tapi disebabkan kumpulan ni lambat sikit je buat undian utk ketua kumpulan, no 1 jadi no 4. Gambar 3 : Ini pula kumpulan enam. Yang pakai baju pink tu fasi kumpulan enam, Akak Ema.

  
Gambar 1 : Ok, semua orang dah tak sabar nak makan nampaknya. Yelah, dah lapar. Hehe. Gambar 2 (tengah) : Itulah lauknya untuk makan malam ke makan petang eh ?? Entahlah dah lupa. Ngee. Nasi putih, lauk kicap ikan, sayur dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Gambar 3 : Semua dah baca doa jadi mari kita makan ! XD oh lupa, air pulak dia bagi air sirap.

  
Gambar 1 : Waktu malam,dah siap membersihkan diri dan bersolat, bersedia untuk mendengar ceramah dari Cr. Shamsul Bahrain. Gambar 2 : Semua sedang fokus dengan apa yang diceramah dan dikatakan oleh ketua komanden. Habis je, selamat malam semua ! x)


Hari Kedua :


  
Ok, ini pulak hari kedua. Still lagi dengar ceramah dari ketua komanden di dewan besar SMKAK.

  
Gambar 1 : Ok, itu pulak gaem yang pertama selepas ceramh tu. Nama game tuh 'Puzzle'. Tapi, ada yang tak cukup sepenuhnya puzzle ni, so kenalah pergi ke setiap kumpulan untuk cari puzzle yang hilang/takde tu. Gambar 2 : Ni permainan puzzle sedang dijalankan. Ada beberapa orang pergi ke kumpulan lain untuk intak puzzle. Tapi bukan je kena minta kat kumpulan yang lain, kena jugak minta dekat abang-abang dan akak-akak kat situ. Kena minta dengan berkomunikasi dengan betul. Gambar 3 : Akhirnya, selepas beberapa minit ke jam ke main game nih. Ada juga kumpulan yang menang iaitu kumpulan yang dinamakan "Soldiers and Queen". Tahniahh :)

  
Lepas sahaja game puzzle tu selesai, kemudia game seterusnya iaitu game...game..game apa eh ? Tak ingatlah apa nama game nih. Tapi game ni kena satu kumpulan semua perempuan dan semua lelaki. No campur-campur. Contoh kump. 1 dan 2 tukar lelaki dengan lelaki perempuan dengan perempuan. Setiap kumpulan diberi satu tali, diletakkan secara silang dibahu kiri. Kemudian, kena fikir cara untuk memindahkan tali tersebut ke rakan sebelah tanpa melepaskan genggaman tangan. Hah ! Pikir-pikir lah caranya yer~ xP

    
Ni pula game yang ketiga. Nama game ini ialah Hujahtul Aswad (tak tau ejaan nya). Gamenya kena letakkan satu mangkuk yang penuh dengan air di bahagian tengah kain pelikat sprt gambar 1. Kain pelekat itu harus ditegangkan agar air dalam mangkuk tidak tumpah. Kalau tumpah walaupun setitik, kumpulan tersebut harus berhenti dan memberi laluan kepada kumpulan yang berada di belakang untuk lepasi kumpulan tersebut. Yang kat gambar tu, pakai topi kertas warna HIJAU kiranya macam 'pengacau'. Main acah-acah nak jatuhkan air tu ke, tolak ke, percik air ke tu tugas abang Hasnan. Penyebok betul. Ada satu kumpulan perempuan tu, bila abang Hasnan kacau, pergghh menjerit kuat yang amat. Macam jumpa perompak ! Sakit telinga abang tu, terus blah. Ahaksss ! XD Tapi bukan kumpulan gambar yang ada kat atas tu, kumpulan lain..

     
     
Huhu ! Inilah game yang paling dinantikan. Obstacle course atau tempuh halangan ! Game yang paling mencabar dan yang paling gempak sekali tau. Berdasarkan gambar tu, tak perlulah saya menerangkan apa halangan yang perlu ditempuh. Obstacle Course the best !! X)

Sekian sampai di sini sahaja. Harap faham dengan apa yang ingin dikongsikan cerita yang paling syok. Dan paling berterima kasih banyak-banyak kepada ketua komanden Cr. Shamsul Bahrain b. Haron, abang-abang dan akak-akak fasilitator ; Abang Hasnan, Abang Adam, Abang Amir, Abang Haniff, Akak Ema, Akak Dila, Akak Ema dan Akak Miza. Terima kasih banyak-banyak sebab hari yang paling best itu. Harap ada lagi, mana tahu untuk form 3 pulak ke. Hehe C:


Older Post | Newer Post